Monday, November 26, 2012

Kolam Air Panas Ranau

  sebelum balik ke felda Wilayah, kami singgah di Kolam Air Panas Ranau.  Puas kami berpusing-pusing mencari simpang masuk ke kolam ini.  Agak jauh terpencil di pedalaman.  Aku memang tak pandai nak mengagak berapa km yang harus kami tempuhi.
   Walaupun hari dah petang lebih kurang pukul 3.00, kami hanya inbgin melihat-lihat kawasan kolam air panas ini.  kalau hendak mandi membazir sahaja sekadar melihat dan meninjau keadaan tempat dan kemudahan yang disediakan bagi pelancong atau pengunjung.
   Terdapat beberapa buah kolam air panas yang disediakan untuk mandi dan  paip air panas.  Di bahagian atas pula, terdapat beberapa buah kolam air panas yang berasap dan dibiarkan mengalir ke kolam-kolam mandi.  Air di kolam itu tidaklah terasa panas sangat.
   Disediakan juga chalet-chalet untuk penginapan. Kami terus naik ke bahagian atas lagi sehingga menyeberang jambatan gantung menuju ke taman kupu-kupu dan melihat di sekitar hutan semulajadi.  Terdengar bunyi cengkerik dan unggas serta serangga kecil dan aliran air terjun.
  Terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai-bagai  barangan seperti pelampung, baju mandi dan cenderamata untuk dibawa pulang di sepanjang jalan sebelum  masuk ke pintu kolam air panas itu.






 

No comments:

Post a Comment