Perpindahanku tidak dirancang, Aku bertukar ke SK Sahabat 4,Lahad Datu , Sabah mengikut pertukaran suamiku. Dia mula bertukar ke Sabah pada cuti Tahun Baru Cina , aku tidak ingat tarikhnya, yang pasti minggu kedua bulan Februari.
Oleh kerana itu aku memohon pertukaran. Aku hantar borang 22 Februari dan 16 Mac keputusan pun kuterima. Alangkah cepatnya. Aku dimomokkan dengan peristiwa-peristiwa yang menakutkan dan menitis air mataku bila teringat kata-kata rakan-rakan mengenai penduduk Sabah. Maafkan aku terpengaruh juga aku akhirnya.
Kedatanganku disambut baik pada 19 April 2010. Situasi yang disebut-sebut tidaklah sama. Keadaan mungkin berbeza. Namun yang pastinya masyarakat tetap seperti keadaan tahun 1980-an.
Sebenarnya aku masih menunggu surat penempatan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Malangnya tunggu punya tunggu sehingga guru besar Pn Asiah asyik mengulangi pertanyaan itu, aku akhirnya menghantar surat penangguhan tugas sehingga 16 April hari terakhir aku di SK Dato" Naning.
Istimewanya perpindahan ini aku diberitahu melalaui telefon oleh JPNS kemudian diberi pilihan memilih sekolah yang berhampiran. Syukurlah selesai masalah aku tidak seperti yang diwar-warkan oleh guru-guru sebelum ini kerana walaupun di Sabah ada yang berlainan daerah. Mungkin mereka (JPNS dan PPD ) sudah memahami masalah di sana. Oleh itu ada suami isteri yang mengajar satu sekolah , di SK Sahabat 4 pada masa itu ada dua pasang suami isteri. Sekolah juga tidak jauh dari rumah sewa lebih kurang 1 km dan kalau berjalan kaki mengambil masa 15-20 minit sahaja.
Hanya kurang dua bulan dua tahun aku mengajar di SK Sahabat 4 kerana suamiku ditukarkan semula ke Sabak Bernam Selangor mulai 1 Oktober 2011 dan menangguhkan tugas sehingga 6 Disember 2011 kerana aku terlibat dengan kemalangan jalan raya , menyelesaikan urusan kargo barang-barang dan tiket kapal terbang pula terpaksa juga ditunda daripada 22 November kepada 5 Disember 2011.
No comments:
Post a Comment