Aku mulai kehidupan baru di Pulau Pinang pada awal bulan Disember 1989. Aku mengajar di Sekolah Bagan Jermal satu kilometer dari sekolah suamiku. Oleh kerana aku sekolah petang, dia sekolah pagi maka aku terpaksa lalui kehidupan yang begitu sukar. Rumah sewaku 18 km jauhnya dari sekolah. Oleh kerana pengangkutan awam kadang-kadang ada, kadang tiada menyebabkan aku terpaksa menghantar suamiku ke sekolah. Dengan kereta itu aku memandu pulang ke rumah, petang pula ke sekolah. Ini bermakna kereta itu terpaksa berulang alik tiga kali sehari.
Dengan gaji yang cukup makan, aku terpaksa berjimat cermat supaya dapat balik ke kampung apabila cuti sekolah. Setiap kali cuti sekolah aku mesti balik kerana bagiku amat menyiksakan jika tidak dapat berjumpa adik-beradik dan saudara- mara. Bagiku wang tidak berapa penting, yang penting kegembiraan.
Oleh kerana terlalu kerap perjalanan yang jauh dari Melaka ke Pulau Pinang, tidak ku sangka akhirnya aku yang mengandung anak sulung terkena praeklamsia - bayi lahir tak cukup matang . Pada usia kandungan kurang seminggu lapan bulan, aku terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Bukit Mertajam. Itulah hospital yang paling dekat dengan Kepala Batas , Seberang Perai. Sebaik sahaja aku dimasukkan ke wad, aku diberi minum ubat, selepas itu aku tidur dan tak sedarkan diri sehingga esok harinya.
Tersedar sahaja hari hampir malam. Jururawat memberitahu aku adakah waris yang menjagaku. Terkejutnya aku manakan tidak hanya aku dan suamiku sahaja di sini. Puas aku mencari suamiku tetapi menurut suamiku tak ada sesiapa pun yang mencarinya semenjak dia menunggu di situ. Akhirnya aku dihantar ke Hosipital Besar Pulau Pinang pada malam itu juga diikuti oleh suamiku dengan kereta.
Setelah seminggu di Hospital itu,selain darah tinggi, kaki bengkak dan kencing kotor akhirnya aku terpaksa akur dengan keputusan doktor. Walaupun telah berbagai-bagai cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan minum air belimbing, air asam keping dan sebagainya namun gagal juga. Doktor telah memberikan aku kata putus untuk melakukan pembedahan. Katanya peluang untuk anakku hidup 50:50, bimbang dengan tekanan darah tinggi melampau sehingga 190/130 boleh menyebabkannyawa aku dan si bayi terancam.
Isnin 4/6/1990 pagi pukul 7.30 aku telah ditolak masuk ke bilik pembedahan. Dari rekod kad pranatalku, 8.58 pagi, anakku W= 1890 gram, p =34 cm K=29 cm. Dia dilahirkan 3/4 kecil daripada bayi biasa namun aku bersyukur kerana hanya 2 hari duduk dalam inkubator dan disahkan sihat tetapi dalam jagaan jururawat. Selepas 2 minggu pembedahan , aku dibenarkan pulang ke rumah. Ini bermakna aku tinggal di hospital selama tiga minggu.
Pengalaman ini hendak dikongsikan dengan pembaca agar janganlah mandi pada waktu petang mungkin kembang urat/bengkak kaki - alahan kepada sesetengah ibu mengandung , perjalanan jauh yang kerap dan jagalah kesihatan ketika mengandung.
Kejadian ini memberi pengajaran kepadaku agar tidak membuat kerja terlalu banyak, banyakkan berehat dan menjaga pemakanan. Hal ini demikian kerana seorang doktor yang bukan Islam telah menemuramah kepadaku,tetapi sebelum itu dia meminta maaf kepadaku kerana dia faham sebagai seorang Islam tak mungkin aku mengambil minuman beralkohol dan merokok.
Nasihatku kepada ibu muda yang mengandung jagalah pemakanan, kesihtan, rehat yang cukup. Kekejangan kaki juga berlaku jika kita kekurangan garam. Oleh itu pastikan kaki diluruskan dan ada orang lain yang tolong mengurutkan jika berlaku sedemikian. Letakkan kaki di atas batal selepas perjalanan yang jauh supaya darah dapat mengalir dengan betul.
ReplyDelete