Maklumat daripada penjual-penjual di situ , hari Ahad ramai pengunjung yang datang. Kulihat gerai makanan sudah bertambah. Ini bermakna pengunjung semakin banyak.
Tambahan pula, jalan menuju ke pesisiran pantai dengan kereta semakin hampir. Banyak timbunan tanah dan jalan semakin baik tetapi masih belum diturap dengan tar.
Pada 22/11/2012 aku sempat membawa ibu dan anak bongsuku ke pantai itu. Walaupun baru pukul 6. 00 petang tetapi cuaca agak mendung seakan-akan hari senja. Air laut pula pada masa itu tengah surut.
Pada hari itu, ramai yang menjamu selera di gerai-gerai tersebut. Ada yang mengatakan makanan di situ sedap. Aku sendiri tidak pernah makan bagaimana hendak ku nyatakan. Oleh kerana baru sahaja makan petang, kami hanya membeli aiskrim daripada penjual Bangla.
Menurut penduduk di sini, pada waktu malam lagi meriah kerana ramai pengunjung yang menjamu selera. Maka sesiapa yang berminat hendak makan seafood, berkunjunglah di sini sambil menjamu selera, sedap atau tidak hanya anda sahaja yang dapat menilainya.
No comments:
Post a Comment