Monday, November 19, 2012

Bercuti-cuti di Peranchis .......?

  Rancangan untuk melihat keindahan dan keunikan bangunan dan alam semula jadi tercapai apabila kami sekeluarga dapat bercuti bersama. Tempat yang kami tuju ialah Bukit Tinggi , Bentong Pahang.  Tanggal 17/11/2012 kami bertolak dari Sabak pukul 8.30 pagi tetapi apabila sampai di Sungai Besar , suamiku pula tertinggal telefon bimbit.  Maka kami berpatah balik.  Walaupun pada mulanya hendak bertolak awal dari rumah, disebabkan peristiwa itu maka terlambat juga .
   Bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi, dalam perjalanan sudah gerimis di Tanjung Karang dan sampai di Lebuhraya Karak pula hujan semakin lebat.  Kami singgah di R & R  Gentingsempah  menjamu selera makan tengah hari kerana makanan di sana agak mahal.  Tepat pukul 1.00 petang kereta kami memasuki pintu pagar harga tiket masuk   RM12 seorang .Sebaik parking kereta ,kami s mula berjalan di sekitar bangunan Colmar Tropicale , bangunan  Peranchis selepas abad ke- 16 yang ketinggiannya 2,600 kaki dari paras laut. Kami bernasib baik hujan sudah reda.
   Tetapi baru 30 minit berjalan-jalan sambil mengambil gambar, hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa berteduh dan berdiri di atas menara sambil menikmati keindahan alam semula jadi.  Lebat juga hujan yang turun. Agak rugi juga kerana tidak dapat berjalan-jalan melihat semua ceruk yang ada di dalam bangunan itu.  Untuk pengetahuan , bangunan itu terdiri daripada permainan-permainan dalaman , snooker, game- siber, permainan kanak-kanak, bilik-bilik penginapan, kedai cendera mata, restoran , kolam renang dan sebagainya.









   Kehadirankami sekadar melihat dan menikmati keindahan alam semula jadi dan melihat bandar Peranchis sahaja kerana hendak melancong ke luar negara belum ada kesempatan dan kemampuan.   Syukurlah negara kita kaya dapat membantu mengilhamkan sesuatu di luar negara walaupun replika namun mampu menghidupkan suasana yang seakan-akan sama.

No comments:

Post a Comment