Kmi melalui jalan Sungai Besar itu melalui beberapa buah kampung dan sehingga tiba di Felda Kampung Suharto maka bermulalah episod duka. Kenapa?. Patutlah tak banyak kereta yang lalu lalang di situ, rupa-rupanya banjir sepanjang jalan raya yang rendah itu.
Ada banjir di sepanjang jalan menuju ke Felda Kampung Gangsa, kalau tak silap akulah semasa aku berbual dengan seorang pak cik di situ. Ada beberapa orang petugas JKR yang mengawasi keadaan jalan raya di situ. Suamiku turun dari kereta dan berbual dengan petugas di situ.
Air naik 15 inci, kalau kereta Unser bolehlah redah, tetapi kereta Inspira takut menanggung risiko, kami terpaksa berpatah balik. Teringatku peristiwa ketika dalam perjalanan balik dari Tawau menuju ke Felda Sahabat di mana perjalanan sejauh 350 km, tinggal 120 km lagi banjir di kampung berhampiran dengan Lahad Datu, kami berpatah balik ke Tawau dan menginap di Hotel King Park.
Buang masa selama 1 jam melalui jalan ini. Kami berpatah balik menuju Tanjung Karang dan melalui Jalan Raja Musa , melalui Kampung Tiram Jaya pula menuju ke Rawang dan naik ke Highway Slim River , menjumpai Maktab Sains Trolak dan masuk ke Simpang Felda Gunung Besout. Akhirnya kami sampai juga apabila berpusing-pusing mengikut pelan kad jemputan.
Kami tidak dapat jumpa pengantin, jadi kami tumpang bergambar, selamat pengantin baru kepada mereka berdua, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment