Aku tidak pandai mengagak berapa km jauhnya kami berjalan kaki naik ke puncak perkampungan Jepun itu. Tetapi dalam kepala ada rancangan hendak pakai kimono . Suamiku memberi masa 30 minit sahaja. Manakan cukup pergi dan balik sahaja ku rasakan 40 minit macam mana nak posing dengan kimono dan berjalan-jalan di sekitar rumah Jepun itu.
Semasa menaiki tangga yang tinggi itu pun, aku dah termengah-mengah. Tambahan pula jalan yang berbukit-bukit dengan payung yang kubawa kerana masih lagi gerimis. Sampai di perkampungan Jepun itu lebih kurang pukul 3.00 petang, kami sepakat memakai baju kimono dengan harga RM20 seorang, katanya 10 minit sahaja.
Sebaik sahaja dipakaikan kimono itu, petugas itu membantu mengambil gambil gambar di rumah ala Jepun itu dengan kamera kami sendiri. Kami sempat posing selama lebih daripada 30 minit kerana mungkin ramai pengunjung dan pelancong ketika itu. Perkampungan Jepun itu ada aliran air terjun , kolam ikan, pohon-pohon kehijauan alam semula jadi , memang amat cantik dan damai sekali.
Selain kimono, disediakan minuman teh Jepun , perkhidmatan spa dan penginapan yang kukira sesuai untuk orang yang berada. Kami pun beredar setelah melihat jam di tangan setelah menunjukkan pukul 4.00petang. Sebelum itu sempat juga kami membeli cenderamata dan memakan aiskrim sambil berjalan menuruni bukit,ramai yang memandang terutama kepadaku kerana pada usia yang begini dan hujan mampu makan aiskrim. Kami meneruskan perjalanan menuju ke taman haiwan pula.....jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment