Kesempatan itu ,kami gunakan untuk bersiar-siar di Sabah. Percutian selama 3 hari 2 malam cukup menarik. Kami ke Kota Kinabalu menuju ke Muzium Negeri, Simpang Mengayau dan rumah panjang di Kudat. Memandangkan perjalanan yang jauh dari Felda Sahabat ke KK selama 9 -10 jam kami singgah beberapa tempat. Sebelum itu kami singgah di Gua Batu Tulluq dan di menara pekan Nabalu melihat puncak gunung Kinabalu.
Kami menginap di Hotel Gaya. Kami pergi Muzium Negeri Sabahpada waktu tengah hari kemudian bertolak ke Rumah Panjang melihat hasil kerja tangan seperti kipas, penghias telefon, pemegang kunci dan hiasan kereta yang digantung diperbuat daripada manik. Pada pukul 5.15 petang kami sampai ke Simpang Mengayau.
Sebelum balik ke Felda Sahabat, kami singgah dan naik di atas Jambatan Tamparuli . Jambatan ini sangat popular di Sabah. Daripada pemerhatianku, memang orang-orang di Sabah ini suka dengan jambatan gantung. Mungkin kesenian mereka terbukti dan kemahiran mereka membina jambatan gantung. Jambatan ini menghubungkan antara penduduk menyeberang sungai melalui motosikal atau berjalan kaki.
Pada masa ini air sungai agak keruh kerana musim hujan. Ada beberapa kali aku melintas di jalan ini, terdapat beberapa keluarga mandi di sungai ini di kala airnya cetek dan jernih. Aku teringin sangat menaiki jambatan ini kerana aku pernah mengajar murid-muridku Bahasa melayu Tahun 3, sekitar tahun 1990-an ada petikan yang mengisahkan jambatan ini tetapi sekarang mungkin tidak lagi kerana silibus buku teks Bahasa Melayu telah diperbaharui.
No comments:
Post a Comment