Apa tidaknya sebenarnya dia bertukar ke Sabah pada 1 Oktober 2009 . Oleh kerana surat pertukaran itu terpendam di JPN Melaka, maka dia pun meminta tangguh sehingga bulan Februari 2010. Beliau mendaftar pada 16 Februari kalaun tidak silapku. Aku pula memohon bertukar pada bulan Februari dan jawapan paling cepat kun ketahui pada 16 Mac 2010. Alangkah cepatnya pada masa itu aku masih lagi mengajar di Sek. Keb. Dato' Naning.
Pertukaran itu cukup menakutkan aku sementelah ramai kekawan yang memberitahuku akan keadaan murid-murid dan ibu bapa Sabah. Gambaran yang diberikan adalah yang negatif. Tersedak dan terkejut aku apabila aku dinilai sebagai seorang guru yang bermulut laser dan sukar mengawal emosi.
Masih ku tergiang-giang lagi kata-kata itu sampai ibu saudaraku membekalkan aku buku seorang tok guru sebagai bekalan. Entahlah sampai sekarang aku masih gagal lagi untuk menghayatinya. Buku itu masih elok tersimpan rapi. Apa yang perlu ku buat hanya bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.
Syukurku kepadanya kerana keadaan sekarang tak seperti yang mereka gambarkan, seperti langit dengan bumi. Aku pun sepatutnya sedar diri sebagai perantau yang banyak kekurangan serta daif. Kini aku akan hijrah lagi ke Selangor pula, daerah Sabak Bernam. Adakah aku diterima dengan baik? Wallahu'alam bissawab.
No comments:
Post a Comment