Setelah setahun aku di Sabah, aku terpaksa menumpang kereta kawan ke sekolah. Ustazah Arbayah bt Suwandi, jiran dan rakan sekolahku menumpangkan aku setiap hati dengan seikhlas hati, hendak ku beri sedikit saguhati setiap bulan enggan diterimanya. Aku memang senang denganya, kami berbual panjang tentang persekolahan dan isu-isu tentang murid dan pelajaran anak-anak Felda di situ.
Pada tahun 2011, aku mula bercadang untuk membeli kereta kerana suamiku selalu berkursus. Aku pula mengajar murid tahun 6 kedua-dua kelas 6 Arif dan 6 Adil. Aku terpaksa membeli kereta kerana kemudahanku untuk ke sekolah terutama kelas tambahan dan kegiatan petang atau acara-acara sekolah yang diadakan di luar waktu persekolahan.
Jadi dengan wang elaun seberang laut iaitu elaun hidup susah, intensif wilayah dan perumahan cukup ku kira menampung bayaran bulanan kereta Vios yang akan ku beli di samping kereta Atos yang masih lagi keberhutangan.
Dengan nombor pendaftaran kenderaan Sabah ini kubawa balik ke semenanjung. Pertama kali parking di rumahku, kawan sekolahku STAR gelak besar sambil berkata sampai bawa balik kenangan Sabah .
Kedua, parking di sekolah, GPK Kokum ingatkan aku orang Sabah. Memanglah aku berbadan kecil dan berkulit putih dan tambahan pula plate keretaku itu. Tambahnya lagi, "Dapat elaunkan orang Sabah?".
Ketiga, ketika aku mengisi minyak di Petronas Sabak Bernam ," Cantik kereta, akak orang Singapura? terdiam aku dibuatnya. Aku pun menjawab, bukan beli di Sabah maka flatnya di Sabah.
Keempat, Mengapa beli di Sabah? Tentu mahal. Memanglah lebih mahal kosnya. Lebih RM 1900 naik kargo dan nak bawa balik ke Semenanjung pun naik kapal kargo selama 7 hari RM1900 juga,
Kelima, semasa parking di pasar, aku pun membeli ikan dan sayur. Semasa hendak balik ke keretaku, kulihat elok sahaja plate SD ........C tetapi keretanya CAMRY. Warna pula seakan-akan sama. Maka sebelum membuka pintu kereta, dia pun bertanya, dulu di Lahad Datu. Ya, saya mengajar di Felda Sahabat 4 manakala dia mengajar di SMK St Dominac , Lahad Datu. Tak berani ku nak berbual panjang memandangkan isteri ada, takut juga kalau cemburu. maka aku pun terus berlalu pergi.
Keenam, balik kampung 25/11/2012 - tanya lagi beli kereta kat Keningau? "taklah jawabku". Dia pun menegakkan kebenarannya kerana dia pernah bertugas di Keningau pada tahun 1970 -an dulu sehingga bila aku pun tak tahu. Hendak bertekak rasa malu , jadi aku pun mengaku aku tak berapa tahu tentang kereta ini. Yang pastinya plate SD ialah Daerah Lahad Datu.
Sampai bila plate keretaku ini menjadi tanda tanya......? Kadang-kala bagus juga ada orang yang ingin mengetahui keunikan plate keretaku ini tetapi kata orang kalau jual kereta dari Sabah ini harganya akan murah, tak tahulah. Memanglah harga kereta akan susut nilai tak seperti aset rumah.
No comments:
Post a Comment