Ramai orang datang ke sini untuk melihat matahari terbenam dan pertemuan kedua-dua air laut tersebut. Oleh kerana di sini bebas dari pencemaran air, asap atau debu, maka udara segar dan nyaman . Tambahan pula , terdapat kemudahan restoran, kedai cenderamata, chalet-chalet dan tempat rekreasi .
Kami hanya dapat singgah sebentar sebab sudah pukul 5.15 petang tambahan pula hari mendung . Hanya satu jam sahaja, kemudian gerimis. Oleh itu kami tidak bernasib baik melihat matahari terbenam. Hanya sebentar tepat pukul 6.15 kami beredar kerana sudah maghrib dan kamu lalui jalan singkat kononnya hendak cepat. Alangkah takutnya kami kerana terasa terasing nampak rumah sebuah, sebuah di dalam hutan. Maklumlah lampu-lampu jalan tidak ada dalam kawasan pedalaman itu kecuali di bandar-bandar.
Namun kami berpuas hati dapat melihat dan menghirup udara segar pada waktu petang di pantai itu. Memang Sabah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.
No comments:
Post a Comment