Tempat yang sesuai dituju ialah taman haiwan. Harga tiket RM3 tak kira dewasa atau kanak-kanak. Satu paket makanan RM3.00, kami beli untuk si kijang. Jadi, kami masuk sempat memberi kijang makan dan menangkap beberapa ekor arnab.
Kami pergi ke kandang keldai, busuknya bau. Tetapi kerana ingin sangat hendak bergambar dan memegangnya , kami mendekati juga. Terkejut juga anakku apabila salah seekor keldai itu menggigit bajunya.
Di taman haiwan itu , terdapat kandang kecil . di dalamnya ada dua ekor merak, kura-kura dan hamster. Di hadapannya pula terdapat kandang arnab. Terdapat kijang yang jinak yang mudah diberi makan dan menghampiri kita.
No comments:
Post a Comment