Monday, November 26, 2012

Majlis perpisahan di SKDN, Melaka

  Aku mengajar di SKDN , Melaka selama 8 tahun bermula dari 17 April 2002-16 April 2010.  Selama berkhidmat di sini, aku telah ditugaskan sebagai guru Bahasa Melayu tahun 4, 5 dan 6.  Di samping subjek lain seperti Muzik, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan  Kajian Tempatan.
  Aku sememangnya ditugaskan sebagai guru tkelas Tahun 6 sejak 2005,  sebaik sahaja aku tamat belajar PJJ -di USM , Pulau Pinang. Sepanjang pengalamanku di sekolah ini, berbagai cabaran yang kutempuhi.  Selain karenah  murid, rakan sejawat, pihak pentadbiran , persekitaran serta ibu bapa .  Namun aku tetap aku dengan karakterku yang dikenali sebagai guru yang garang dan banyak cakap atau komen.  Namun komentarku adalah suatu kebenaran yang mungkin tidak dapat diterima sesetengah orang.
  Di sekolah ini, aku digelar "Ibu Merdeka ", suatu gelaran yang dulunya sukarku terima tetapi apabila perkara ini sudah berlalu , aku semakin rindu akan gelaran itu kerana gelaran dan tugas serta tanggungjawab ini juga membantuku mendapat gelaran "Guru Cemerlang".
  Aku dan rakan-rakan sejawat telah berjaya menaikkan nama sekolah dalam pertandingan keceriaan Kemerdekaan yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan Melaka dari tahun 2002 hingga 2009. Aku  telah ditugaskan mengajar Bahasa Melayu bagi murid-murid tahun 6 UPSR sejak tahun 2005-2010.
  Inilah Majlis Perpisahanku dengan semua warga sekolah-- rakan-rakan, pentadbir dan murid-murid SKDN- Terima Kasih semua semoga kita berjumpa lagi.

                  Ucapan kali terakhir di SKDN di majlis perpisahan SKDN




  Guru Data/Media Cik Nun Zurita sedang menyerahkan fail/data peribadi
Bersama dengan guru besar Pn Asiah bt Md Sab,guru besar cemerlang, SKDN.

1 comment:

  1. penghargaan aku di sini, walaupun 8 tahun aku rasa aku dihargai kerana di sini aku dianugerahkan APC 2009 dan permohonan guru cemerlang 2010 . Terima kasih atas penghargaan, kerjasama semua murid , guru, pentadbir dan warga sekolah .

    ReplyDelete