Sepanjang pengalaman mengajar selama 28 tahun, belum pernah mendapat murid yang hanya hadir 12/75 hari. Surat amaran pertama sudahku berikan. Aku sebagai guru kelas telah memaklumkan kepada GPK HEM. GPK HEM telah menelefon dua kali kepada ibu bapa murid tersebut. Pertama GPK HEM kena marah.
Setelah menunggu sehingga bulan Mei, dan memberitahu guru kaunseling . Seperti biasa aku memohon izin kepada GPK HEM melawat murid ini ke rumahnya ingin bertanya khabar.
Maka pada 3 Mei, aku dan Pekerja PAR pun ke rumahnya. Aku dapat bertemu dengan kedua ibu bapa dan murid tersebut. Kedatangan ku disambut baik. Seperti biasa, penyakit orang Melayu, biasalah, anak-anak saya memang macam itu, dari kecil susah nak pergi ke sekolah. Darjah enam baru nak ke sekolah. Maka, jawabku, janganlah macam itu, nanti banyak ketinggalan dalam pelajaran . Galakkan dia pergi ke sekolah , sekurang-kurangnya dapat pelajaran, kemahiran asas untuk memudahkan mendapat kerja.
Katanya, dia takut dengan cikgu A dan cikgu B dan tidak suka perhimpunan. Maka jawabku, dalam hidup ini kita tidak boleh memilih sama ada kita suka atau tidak, kita mesti lakukan asalkan tidak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan Allah. Dia berjanji akan datang ke sekolah. Semoga janjinya akan ditunaikan. Kepada anak-anak, pergilah ke sekolah , tuntutlah ilmu, marah cikgu, denda cikgu bukanlah tandanya benci, tandanya sayang agar kamu belajar.....agar kamu pandai.....,,,jumpa lagi...
kecewaku, janji muridku ini kepadaku disaksikan oleh kedua ibu bapanya dan makcik Yus hendak datang ke sekolah, kami nanti kehadirannya namun sehingga 8 Mei (RAbu) tak juga muncul. Melalui teman-teman rapat dan saudara-maranya memang adik-beradiknya tidak suka ke sekolah sejak kecil. Masalah ini perlu ditangani tetapi kalau diri sendiri tak mahu ke sekolah macam mana nak buat?
ReplyDelete