Beli GPS diambil sianak. Maka gunakanlah GPS telefon bimbit, nak ke mana? nak Kampung Belia 1, Sungai Besar. Nak pergi ziarah orang baru, cikgu sekolah Ustazah Norehan bersalin.
Kira-kira dah sampai di Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya, ikut GPS dari Sabak Bernam , hilang tujuan pula . Telefon si ustazah, gelak sakan dia. Mana tidaknya, dia kata susah jalan berbelok-belok. Jadi tunggu sahajalah di simpang kat depan masjid.
Sementara menunggu , aku pun bertanya kepada pemilik kedai runcit dan adalah seorang pelanggan di kedai tersebut. Berdasarkan maklumat, maka pelanggan tersebut sudi menunjukkan rumah emak mertua ustazah tersebut. Bukankah senang GPS mulut dan tulen ini. Terima kasihlah kerana sudi menawarkan perkhidmatan membantu aku. Bukan tak sudi kerana dah berjanji menunggu suaminya datang, Sebentar kemudian datanglah si suami, maka si pemilik kedai itu pun berkata itupun Hafiz , suami Norehan.
Akhirnya, dapat juga aku bertemu dengan si orang baru, bayi perempuan yang diidamkan setelah kedua-dua anaknya lelaki. Syukurlah dari jauh ku datang sampai juga hajat melihat orang baru. Pada aku kalau rumah jauh terperosok di hujung hutan, kalau mahu cari pasti jumpa cuma dengan niat hendak atau tidak....syukurlah GPS vs GPS tulen....pentingnya ringan mulut sengan bertanya sesat jalan"
Teringat pula tentang GPS ni, kalau dulu di Felda sahabat, sampai di Lahad Datu sahaja ada satelit, kalau di felda tak ada, jadi tak gunalah kalau ada GPS...aduhai kasihan. Kalau di semenanjung terutama di selangor ni canggih sikit, aku pernah sesat dalam kawasan sungai air Tawar sahaja, pusing-pusing dalam kampung, cari SBPI tak jumpa, nasib baik ada GPS dalam hp, kalau tidak aku pusing kelilinglah guna GPS mulut tanya orang kampung.
ReplyDelete