Sebelum balik ke kampung untuk mengundi, aku telah bermimpi. Mimpiku bumbung rumahku telah terbuka. boleh dilihat kayu alangnya. Malangnya bumbung rumah separuh ada, separuh tiada. Puas ku termenung seketika.
Kini, jelas terbukti, tangki air yang terletak di bilik tidur anakku , pam airnya tidak berfungsi. Melelehlah air keluar . Kali ketiga , sudah air melimpah di biliknya. Habis basah tilam, bantal dan plug. Nasib baik tak banjir sampai ke ruang tamu seperti dahulu. Mungkin baru dua atau tiga hari sahaja perkara ini berlaku. Aku takut kalau lebih lama reput kayu alang bumbung bilik itu dan mungkin silingnya akan runtuh.
Memang terdetik di hatiku kerana baru hari khamis 2 Mei,2013 aku berbual dengan suamiku, kalau tak dapat tukar ke sekolah yang terdekat, aku nak pindah balik Melaka sahaja. Dia diam , tak menjawab. Kekadang bengang juga aku asyik menyewa rumah orang atau rumah kerajaan sedangkan rumah sendiri ku tinggalkan.
Lagipun aku sudah jemu berpindah- randah penat sementelah pada usia semakin senja. Sepatutnya, kami dapat berkhidmat di negeri sendiri, mendidik anak tempatan dan dapatlah menabung sedikit .
Setiap kali balik ke rumah, setiap kali terpaksa menyapu dan membersihkan rumah yang berhabuk dan berdebu. Rinduku pada suasana sendiri. Entah bila nasib aku sebagai perantau akan berakhir.....semoga Allah memperkenan doaku......aamiin
No comments:
Post a Comment