Ingatkan zaman IT ini dan serba moden ini kanak-kanak akan gembira ke sekolah tetapi ada juga yang culas. Tahun 2013 ini cabaran bagiku. Nak tahu cerita, muridku ini hanya hadir 14/75 hari. Surat amaran pertama telah diberi. Disusuli telefon beberapa kali, kemudian hadirlah 5 hari dan terus bercuti.
Minggu lepas 3/5 aku telah pergi ke rumahnya. Dia berjanji akan datang ke sekolah. Kini surat amaran kedua kuiringi dan kali kedua ku pergi ke rumahnya pada 14/5/2013. Menurut ibunya memang anak-anaknya satu generasi kaki ponteng, tak mahu ke sekolah, nanti tahun 6 baru hendak ke sekolah, pelikkan!.
Ada juga ibu bapa macam itu. Teringat aku dahulu, kalau diikutkan kata ibuku, memang tak jadi cikgulah aku sebab masa aku darjah dua, ibu minta aku berhenti sekolah kerana hidup aku susah. Ayahku meninggal dunia ketika aku 3 bulan dlam kandungan. Ibuku janda muda 27 tahun hingga sekarang. Ibu terpaksa menoreh getah menyara hidup kami tiga beradik. Namun kami 3 beradik dapat meneruskan pelajaran hingga ke tingkatan 5 dan aku sahaja hingga ke tingkatan 6.
Aku pun pelik dengan budak ni. Emak dan bapanya ada motosikal, boleh hantar ke sekolah sedangkan aku dahulu berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 800 meter. Kami tidak mampu hendak beli basikal. Jalan kaki adik beradik melalui jalan raya yang panas terutama ketika balik dari sekolah. Kami terpaksa berhujan dan berpanas.
Budak-budak sekarang ini manja lebih, tidak ada kesedaran bahawa pelajaran itu penting sebab itu jadi macam itu. Lagi pelik tidak menghargai nasihat guru , ibu bapa, kakak dan masyarakat di sekelilingnya.
Inilah keindahan kampung di kawasan tempat tinggalnya.
Teringatku pada zaman kecil, memancing ikan dan mencari padi yang lebihan di sawah untuk dipungut dan dibawa balik dan ditumbuk dijadikan beras. Alangkah sukarnya kehidupan kami. Syukurlah kepada Allah yang telah memberikan nikmat-Nya sehingga aku berjaya menjadi guru hingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment