Sekolah tersebut jauh di pedalaman dan lokasinya di tepi laut. Nasib baik aku ada teman, kalau tidak alamat tidak dapatlah aku memenuhi jemputan tersebut. Sebenarnya, aku banyak mendapat jemputan di sekolah di bandar-bandar , memandangkan aku tidak ada kenderaan dan masih lagi asing dengan keadaan di Lahad Datu maka terpaksalah aku tolak .
Perjalanan yang jauh 120km dari felda Sahabat ke Lahad Datu menyebabkan aku berat hati memenuhi jemputan tersebut. Aku sebenarnya ingin juga mengetahui keadaan sekolah di Sabah ini maklumlah sambil menyelam minum air.
Selama 2 jam, bermula dengan penerangan format dan tata cara menjawab soalan, kemudian perbincangan cara menjawab soalan dan lain-lain soalan atau pertanyaan. Sayangnya murid di sekolah ini kurang aktif sedikit almaklumlah mereka kurang terdedah dengan bahan bacaan dan kekurangan kemudahan seperti bekalan elektrik, internet, dan bahan-bahan bacaan yang hanya terdapat di bandar serta berbeza latar belakang ekonomi, sosial dan budaya berbanding dengan murid-murid di semenanjung.
No comments:
Post a Comment