Zaman teknologi manusia kurang menggunakan media untuk berhubung terutama melalui surat. Dengan adanya medium, media seperti telefon, sms, internet - chatting dan Facebook menyebabkan peranan surat-menyurat semakin berkurangan.
Oleh itu, adakah wajar lagi kita sebagai guru mengajar murid menulis surat tidak rasmi dan surat rasmi. Tentulah kita menjawabnya, wajar. Mengapa?
Keadaan ini adalah disebabkan kita masih lagi menggunakan surat sebagai media untuk berhubung terutamanya semasa hendak memohon pekerjaan ataupun semasa hendak menghantar emel kepada kawan kita terutama hal-hal yang berhubung dengan tugas rasmi kecualilah hal-hal peribadi atau hal keluarga.
Sekiranya kita mengirim bungkusan atau mengirim surat tentulah menggunakan setem. Perkara inilah yang menyebabkan aku terkejut kerana anak muridku tidak kenal setem. Maka, dengan itu aku terpaksa menerangkan di mana hendak membeli setem dan mengapa perlu melekatkan setem di sampul surat apabila mengirim surat. almaklumlah muridku ini kurang membaca dan membaca pun merangkak-rangkak.
Hendak mengajar format menulis surat pun sukar bagiku. Aku beri contoh surat supaya mereka salin ikut contoh , jangan ubah. Malangnya mereka ubah tulis alamat sebaris panjang disambung.....pening kepalaku. Aku terangkan kali kedua dan suruh salin semula betul-betul dan terangkan kenapa perlu tulis yang benar dan tanda tangan serta terangkan tanda baca dan baris demi baris di mana perlu ditulis, kalau tidak dihentam salin ikut suka hati mereka.
Aku terpaksa beli setem yang baru sebab kalau tunjuk contoh setem yang sudah dipakai dan dicap nanti jadi seperti aku dahulu yang melukis setem sendiri dan siap letak harga 20 sen. Mungkin pada masa itu cikguku tidak menerangkan keadaan sebenar, aku masih ingat lagi, nenekku terpaksa pergi ke pejabat pos untuk membayar berganda harga setem sebagai denda dan barulah dapat surat yang kuposkan dari Kuala Lumpur...itulah kisahku dengan surat. Aku tidak mahu perkara ini berulang kepada muridku khasnya yang tidak pernah melihat setem.
setem Malaysia 60 sen...sekarang ini bukan lagi 30 sen atau 50 sen....naik harga sudah! kalau lebih berat atau tebal sedikit tentulah RM1.
No comments:
Post a Comment