Perpindahanku ke Sabah mencoret suka -duka perjalanan hidup sebagai seorang guru mendekati sedekad umur persaraan. Suka -duka kujalani dengan penuh gelombang yang harus kutempuhi. Pertama, pertukaran melepasi permohonan guru cemerlang . Kemudian melepasi fasa menunggu jawapan. Setahun berlalu. Setelah mendapat jawapan pula menunggu pengesahan.
Semasa menunggu pengesahan selama setahun , aku pula sudah bertukar ke Selangor. Maka haru-biru di mana Buku Rekod Perkhidmatan/Buku Kenyataan Perkhidmatan tidak dikemas-kini. Kalau di Sabah, buku di Melaka, kalau di Selangor, buku di Sabah...begitulah nampaknya.
Seperkara lagi susahnya nak bertukar ke Selangor, 2 kali surat pertukaran tak sampai ke destinasi, terpaksa urus sendiri, naik BPSM di Putrajaya, JPNS dan faks ke JPN Sabah...semuanya ku urus sendiri hinggalah terlibat dengan kemalangan. Kemudian tragis lagi, PT buat gaji salah, PT Selangor marahkan aku pula, kenapa cikgu ni biarkan gajinya diterima salah? Berdesing telingaku! . 2 bulan elaun hidup susah , intensif wilayah, dan elaun perumahan di Sabah ditambah dengan lebihan gaji selama 19 bulan 24 hari sebanyak RM 9268.80. Tambah sadis dan terhentak jiwaku apabila gajiku dipotong untuk bayaran balik sehingga sifar bulan pertama bertukar di Selangor, sudahlah kesukaran menghambat jiwa dengan perjalanan yang jauh 121km dua hala dari rumah di Sabak Bernam.
Selama 6 bulan gaji dipotong berdesap-desup sehingga habis tetapi hendak menunggu kenaikan gaji DG 44 bukanlah mudah terpaksa menunggu sehingga setahun 2 bulan daripada surat pengesahan yang bertarikh 13/1/2012 yang backdated 24 Ogos 2010 .
Selama hampir 2 tahun 7 bulan aku memangku DG 41 akhirnya pada bulan April 2013 barulah terlerai kenaikan gaji DG 44 setelah bertemu muka dengan ketua kerani di PPD, ketua kerani bahagian sekolah dan aduan eduweb kpm pada tahun lepas bulan April 2012 serentak gajiku dipotong sesifar semangatku jatuh terhentak.
Syukurlah terlerai sudah. Semoga episod ini menjadi pengajaran kepada guru lain jika anda berpindah -randah sepertiku. Ingatlah Buku Kenyataan Perkhidmatan penting untuk dikemaskinikan dan surat-surat pelantikan, pengesahan perlu dikepilkan sebagai bukti kerana bukan semua kerani mencatatkan kenyataan tersebut. Kita sendiri perlu peka....... Tahun 1990 pun perkara ini pernah terjadi kepadaku 9 bulan tak dapat gaji kerana buku ini juga . Perpindahan dari Selangor ke Pulau Pinang.....sejarah berulang!
No comments:
Post a Comment