Pada 20 Ogos - 22 Ogos 2010 adalah tarikh kem kecemerlangan tersebut. Aku diberi slot pagi Sabtu . Murid-muridku gembira apabila aku muncul sebagai penceramah. Masuk ke dalam dewan berhawa dingin , kali pertama terasa amat sejuk pula tetapi selesa.
Aku diperhati dan disaksikan oleh guru-guru sekolah murid-murid tersebut dan ada di antara mereka yang ingin menyedut bahan ceramahku. Aku tak kisah. Agak lumayan juga bayaran yang kudapati, maklumlah Feldakan. Anehnya, selalunya aku buat teknik menjawab kertas 2 tetapi kali ini bersama kertas 1.
Semasa teknik menjawab kertas 2, ada juga murid yang pandai menjawab dan memenuhi kehendak soalan. Apa tidaknya kerana murid-murid ini adalah murid yang terpilih jugalah. Kebetulan pula, soalan yang ku berikan keluar pula dalam peperiksaan sebenar....syukurlah.
Sijil penghargaannya pula aku dapat setelah aku berpindah ke semenanjung dan diposkan pada 6/2/2013.....apa-apa pun ada juga kenangan dari Felda Sahabat selain daripada tuala yang bersulamkan Felda , beg dan mug....FELDA WILAYAH SABAH.....kenangan selama 2 tahun berkhidmat di situ.

No comments:
Post a Comment