Minggu lepas buat hal pula. Entah mengapa semasa memandu keretaku, berbunyi berdesit-desit. Sudah 3 hari bunyi itu kedengaran. Tetapi aku biarkan sahaja. Hari Selasa, 7/5 semasa hendak ke sekolah, bunyi itu semakin kuat. Semakin laju aku memandu semakin kuat bunyinya. Aku ingatkan tayar keretaku pancit.
Dalam hatiku berfikir, kalau tayar mestilah stering lari atau bergegar. Aku terus memandu. Apabila memandu perlahan , bunyi tayar hadapan di sebelah kiri semakin perlahan. Aku masih meneruskan perjalanan sehinggalah sampai ke Petronas Hj Dorani. Aku berhenti di situ. Keaddan masih gelap lagi.
Aku ingatkan tayar keretaku kempis. Rupa-rupanya, tidak. Mudguardnya dah tercabut, sebab itu bergesel dengan tayar dan berbunyi. Hendakku potongkan yang separuh tertanggal tidak boleh kerana aku tidak mempunyai pisau. maka aku menelefon suamiku. Senang sahaja jawabnya, pergi ke sekolah dahulu.
Sampai di sekolah kulihat dah terjulur "mudguard' itu dan apabila aku di selekoh semakin kuat bunyi geselannya. Aku pun risau juga , bertanyakan anak buahku berapakah agaknya kos mudguard itu. Harga anggaran dalam RM50 dan upah pasang mungkin bawah RM100.
Sebelum balik sekolah sekali lagi bunyinya semakin kuat, aku ambil keputusan potong sahaja bahagian yang terjulur itu dengan bantuan pengawal keselamatan di sekolahku.
Aku pun jenis malas nak berurusan dengan kedai spare part atau alat ganti terus ke kedai pemasangan alat ganti seperti ganti cermin sisi keretaku di Sungai Besar.
Kedegilanku membawa musibah. Tauke Cina itu salah order mudguard kerana keretaku tahun 2011 sedangkan mudguard itu tahun 2008.
Maka terpaksa ku tunggu 3 hari lagi. Malangnya, Cina kedai itu kata harganya RM200 lebih, jadi hendak tak hendak terpaksa guna mudguard itu dengan ubahsuai dan entah berapa skru ditambah dicuping badan kereta sebelah kiri .
Terbang jugalah duitku, baru dapat tunggakan , diturap dengan mudguard RM75 tetapi tauke Cina itu minta RM85....buat-buat lupa pula....nasib baik ku peringatkan dia...janji RM75...
No comments:
Post a Comment