Sudah beberapa hari, aku mengambil masa beberapa jam untuk mengukur tinggi dan menimbang berat badan bagi murid-murid tahun 4 Jaya. Memang tugas guru kelas yang sebenarnya tugas jururawat tetapi apa boleh buat sekarang ni bemacam-macam tugas diletakkan di atas bahu guru kelas.
Setelah habis mencatat ukuran tinggi dan berat badan murid, kini mengira BMI murid pula. Diberi formula BMI = berat(KG) / tinggi X tinggi (M). Selepas itu terpaksa merekodkan graf pula serta membuat intepretasi pula. Macam-macam tugas perkeranian yang mengambil banyak masa juga, jadi terpaksa aku membawa balik buku rekod kesihatan ini dan menyiapkannya di rumah. Kerja ini belum siap lagi kerana aku belum membuat ujian mata sebelah kanan dan sebelah kiri dengan kaca mata atau tanpa kaca mata. Ha..hahaha...entah bila agaknya dapat pembantu guru untuk meringankan kerja guru kelas....Wassallambissawab.
No comments:
Post a Comment