Hari guru datang lagi setiap 16 Mei. Tahun ini aku dah beri duit kepada anak bongsuku , pandai-pandailah dia mencari hadiah untuk gurunya.
Tahun kedua di SKSS dan kali kedua acara tukar-tukar hadiah. Kali ini hadiahnya masih berharga RM30 ke atas. Aku dah beli hadiahnya yang dalam lingkungan +++. Nasiblah siapa yang bertuah, alamatlah makan......setiap hari kalau rajin, kalau tidak jadilah seperti di rumahku umpama 'gajah putih'.
Barangan itu bukanlah aku beli tetapi hadiah sempena pertukaranku ke Sabah. Hadiah yang ku beli ini adalah percuma kerana aku banyak membeli barangan Cosway, jadi kupon terkumpul itu kutebus. Tengoklah nanti siapa yang bertuah.....harap-harap sesiapa yang dapat berpuas hati...hehehe.
Aku keluarkan duit RM2 sahaja untuk membeli pembalut hadiah. Dah siap kubalut untuk sambutan Hari Guru pada hari Khamis , 23 Mei 2013 nanti sebelum cuti sekolah....akhirnya...SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru agar menjadi insan yang terpuji dan menjadi idola kepada anak didik dan kepada anak didik hormati guru dan amalkanlah segala ajaran guru yang amat berguna itu demi kebaikan dan kesejahteraan hidup kamu......marah guru, bebelan guru , teguran guru bukan bererti benci tetapi sayang dan ingin melihat kamu berubah menjadi insan yang cemerlang .....aamiin.
No comments:
Post a Comment