Thursday, May 9, 2013

Guru -Penyelesai masalah

Hari ini menyirap darahku.  Manakan tidak, muridku 4 Jaya suka berkelahi macam 'anjing dengan kucing', pantang cikgu tidak ada, almaklumlah sekarang ini ramai guru yang berkursus, jadi mereka menunjukkan bakat 'hero' masing-masing.
   Memang seorang muridku ini agak kasar orangnya.  Suka memerintah rakan yang lain dan suka bertumbuk atau berkelahi.  Ada pula agendanya ke sekolah, berniaga. Oleh kerana perniagaannya tahun lepas yang tak diselesaikan maka dibawanya ke tahun ini.  Kira memaksa rakannya membeli jam yang berharga RM10 , katanya RM50.  Mana betul, mana salah , aku pun bigung jadinya.  Kes ini belum selesai lagi walaupun dah buat aduan kepada GPK HEM dan guru disiplin.
  Kini kes lain pula timbul. Sudah ditumbuk kawannya seorang di perut sebanyak 2 kali, menangis si mangsa.  Kes 2 pula, melempang kawan yang lain , kononnya nak bergurau, menangis pula si mangsa.  Geram betul aku jadinya, maka ku telefon ayahnya sendiri meminta datang ke sekolah untuk menceritakan kenakalan anaknya. Hari-hari ada sahaja aduan mengenai kenakalannya.
  Malam ini, si emak pula menelefon aku.  Terus terang dia menceritakan perihal anaknya yang menjual cicak berekor dengan harga RM50.  Pihak sekolah tidak tahu.  Patutlah dia nak jual jam tangan itu dengan harga RM50, barulah terbongkar rahsia!. Aku pun ceritakan serba sedikit perangai dan kelakuan anaknya. Perangai anaknya yang tidak mahu berfikir dan hendak kerja mudah dan belajar di kelas pemulihan sedangkan dia boleh membaca dan menulis sekiranya rajin dan lebih tekun.
     Akhirnya sekali, kupinta ayahnya datang ke sekolah untuk menyelesaikan masalah anaknya, semoga janjinya ditepati,.....semoga Allah memberikannya sinar untuk berubah ke arah kebaikan....In Sha Allah. 

1 comment:

  1. perjumpaanku dengan bapanya telah berjalan pada pukul 8.20-9.00 pagi bersama dengan GPK HEM . Alhamdulillah bapanya dapat menerima dan memang dia mengakui kenakalan anaknya. Puncanya, anak lebih banyak tinggal dengan nenek, hanya cuti sahaja bersama kedua ibu bapanya. Nasihatku agar kedua-dua ibu bapa mengambil berat terhadap anak mereka terutama dari segi pelajaran dan tingkah laku anak-anak.

    ReplyDelete