7 Ogos, 2010 pula aku dijemput menyampaikan ceramah di SK Fajar Harapan. Aku dijemput oleh guru sekolah tersebut kerana masih tidak mempunyai kereta.
Sepanjang perjalanan, aku lalui hutan kelapa sawit dan kawasan perkampungan di pedalaman.
Keadaan di sekeliling agak menyedihkan kerana kekurangan penduduk. Menurut guru yang mengajar di sekolah ini, ketika cuti sekolah mereka akan balik ke kampung mereka , maka akan berlaku kecurian. Selalu kes-kes kecurian di Felda Sahabat termasuk rakan guru di SK Sahabat 4 yang setiap kali cuti terpaksa mengangkut baju dan barang berharga kerana ditakuti dicuri. Pantang lepa dan tinggalkan rumah, maka dimasuki pencuri, seolah-olah kegiatan mereka ini dirancang dan diintip ketika cuti sekolah.
Berbalik kepada teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR ini, ku lihat murid-muridnya oklah sedikit. Memandangkan fizikal sekolahnya, adalah suasana hendak periksa UPSR, ku lihat banner bergantungan memberi motivasi dan galakan kepada calon UPSR . Cantik juga sekolahnya.
Malangnya , sedang aku memberi ceramah terputus bekalan elektrik, lama jugalah sehingga 1 jam. Nasib baik aku ada bawa softcopy dan hardcopy kalau tidak merapu merabanlah aku. Jadi, sebagai penceramah kita sepatutnya bersedia membawa 'payung sebelum hujan' .
Sebelum balik aku dijamu di bilik sumber atau perpustakaaan sekolah. Sempat jugalah berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini dan berbincang sedikit tentang kertas penulisan kerana aku dapati di Lahad Datu , tidak ada seorang pun guru yang berpengalaman jadi pemeriksa kertas Bahasa Melayu atau Guru Cemerlang Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment