SK Tanjung Labian melakar sejarah buatku kerana aku pernah memberi ceramah teknik menjawab soalah UPSR kertas 2 Bahasa Melayu dan sekolah ini telah diserang pengganas Kiram setelah setahun aku meninggalkan Sabah.
Pada 30 Julai 2010, jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Oleh kerana aku tidak ada kenderaan, maka aku diambil dan dihantar balik oleh guru sekolah tersebut yang kebetulan tinggal di Felda Sahabat dan isterinya mengajar di SK Sahabat 4.
Malangnya aku tidak sempat merakam gambar ketika ceramah di sekolah ini. Oleh kerana sekolah ini kecil, maka digabungkan tiga sekolah dan aku tidak berapa ingat berapa jumlah calon UPSR yang terlibat. Oleh kerana sekolah ini di tepi laut dan angin tiba-tiba bertiup kencang, layar skrin yang dipasang terbalik dan nasib balik tak menimpa kepadaku. LCD dan laptop serta bekalan elektrik nasib baik tak terputus.
Peristiwa yang tidak dapat kulupakan ialah aku diberikan seekor ikan segar, sehelai kain ela dan beg duit. Menurut guru tersebut, mungkin dilihat reaksi roman mukaku , macam tak suka sahaja menerima ikan segar sahaja. Aku sebenarnya tak kisah. Ikan segar ditangkap oleh nelayan di tepi laut memang sedap kalau dibakar atau digoreng kunyit dan garam sahaja.
No comments:
Post a Comment